MATHEMATICS IS FUN

Rph


(Contoh Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap)

Matapelajaran                :  Matematik

Kelas                            :  Tahun 4 Arif

Tarikh                           :  2 November 2011

Masa                            :  8.30 pagi  -  9.00 pagi (30 minit)

Bilangan murid              :  28 orang

Bidang pelajaran           :  Bentuk dan Ruang

Objektif pembelajaran    :  Mengukur dan merekod perimeter :
-       Segi empat sama
-       Segi empat tepat
-       Segi tiga

Hasil pembelajaran                    :  Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :

                                                A          Menguasai isi kandungan
Mengukur dan merekod perimeter bagi segi empat sama, segi empat  tepat dan segi tiga.

B          Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi mengukur perimeter bagi segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga.

C          Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni bekerjasama dan patuh arahan guru dalam menjalankan aktiviti.


Konsep/prinsip/hukum/teori       :  Perimeter segi empat sama, perimeter segi empat tepat
   dan perimeter segi tiga adalah sama dengan jumlah
   panjang sisinya.

  
Bahan, peralatan dan bahan sumber :        1)  Batang aiskrim/ lidi            -  11 batang
                                                                2)  Pembaris dan tali              -  5 set
                                                                3)  Lembaran kerja                 -  28 helai
                                                                4)  Kotak                               - 1 buah
                                                                5)  Paparan slaid (lagu)

Pengetahuan sedia ada             :  Murid telah mempelajari bentuk separa bulatan, segi   
   empat dan segi tiga adalah merupakan bentuk 2  matra .

                                                      





                                     
Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea

(Set induksi)
    3 minit
Membina bentuk segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga.
Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid untuk membentuk segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga.
Murid membina bentuk segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga dengan menggunakan batang ais krim/ lidi.
Strategi/
Teknik:
Tunjuk cara/ demonstrasi

KBKK:
Penyelesaian masalah

Menstruktur/ Menstruktur semula idea


(Langkah 1)
   8 minit
Mengukur dan merekod  perimeter segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga.
1) Menyatakan contoh mengukur perimeter segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga menggunakan tali dan pembaris

Debriefing
Taksir kefahaman secara lisan – Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, diberi penerangan kumpulan kecil
Murid memberi perhatian






Aktviti pemulihan: Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil
KBKK:
Mencungkil idea

Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh kelas


Aplikasi Idea


(Langkah 2)
  15 minit
Mengukur dan merekod  perimeter segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga.
Persoalan utama :
Berapakah ukuran semua sisi bagi setiap bentuk 2D ?

1)Membahagikan murid kepada 5 kumpulan.

2)Mengedarkan beberapa bentuk 2D  kepada setiap kumpulan murid

3) Taksir kefahaman pelajar dengan memberi lembaran kerja.
Murid memberi respon



Murid menjalankan aktiviti kumpulan
(mengukur jumlah panjang sisi bagi setiap bentuk 2D)


Murid menyelesaikan soalan pada lembaraan kerja secara individu
Strategi:
Perbincangan kumpulan


Sikap saintifik dan nilai murni:
Bekerjasama dan patuh arahan

KBKK:
Penyelesaian masalah.


Refleksi

(Penutup)
  4 minit
Mengukur dan merekod  perimeter segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga.
1) kuiz melalui permainan ‘Kotak beracun”

2) Membuat kesimpulan isi pelajaran.
Murid menjawab soalan kuiz.
Sikap saintifik dan nilai murni:
Yakin diri dan patuh arahan